...Sayangku,
jika awak ingin membina sebuah keluarga,
keluarga yang beriman,
awak tidak boleh sekali-kali membinanya
di atas apa yang telah Allah larang
dan tidak selari dengan ajaran Rasulullah s.a.w.
Sebuah keluarga yang bahagia dan dirahmati datang dari Allah,
dan awak tidak akan mampu mempertahankannya sebagai diberkati
jika langkah pertama yang dimulakan
tidak diredhai Allah...





Dakwah ini milik siapa?

Dahulu, ketika Muhammad mendapatnya, terus diberi kepada beribu-ribu manusia.

Dahulu, ketika Abu Bakar mendapatnya, terus diberi kepada enam manusia yang kebanyakannya dijamin syurga.

Dahulu, ketika Bilal mendapatnya, terus dibebaskan jiwanya walau tubuh dibaham belati.

Dahulu, ketika Sumaiyyah mendapatnya, terus dikorbankan nyawanya tanpa ada rasa ragu.

Dahulu, ketika Umar mendapatnya, kasar jiwanya terus dihalusi oleh ayat-ayat Yang Maha Esa.

Itu dahulu.

Sekarang?

Kita mendapatnya, lantas kita biarkan ia tersimpan kemas tidak ke mana-mana.

Kita mendapatnya, lantas kita enggan semua orang merasai apa yang kita rasa.

Kita mendapatnya, lantas kita halang mereka memberi pada yang sepatutnya.

Kita merasa tidak layak, padahal kita sebenarnya dibebani tanggungjawab sejak dari langkah bermula.

Bila pula mula merasa layak, kita melakukannya pula demi segugus nama.

Pedang yang tidak tajam harus diasah.

Pedang yang tajam bukan untuk menikam saudara.

Musuh kita al bathil,

Musuh kita bukan sesiapa yang melangkah dalam soff yang sama.

Tawadhuklah.

Berusahalah.

Buatlah kerana mardhatillah,

Bukan kerana diri sendiri.

SaufiahAzZahrah

NOTEBOARD
tolong sebarkan email ini pada semua umat islam. kalau nak beli AL-QURAN yang dicetak dalam edisi baru, hati-hatilah kerana ada 4 surah palsu ciptaan kafir laknatullah. surah surah itu adalah: AL-IMAN, AL-WASAYA, AL-TAJASUD & AL-MUSLIMOON.

JANGAN SESEKALI layari laman web www.thequran.com (Father Zakaria) kerana segala isinya adalah palsu. sebarkan email ini kepada umat islam seramai yang mungkin!!!!!!

CHATBOX
   



[[LAMAN]]

~Alwahy~
~almanhaj~
~I Luv Islam~
~usrah online~
~AlwanComics~
~Darul Nu'man~
~Raudhah.Com~
~Teratak Santai~
~Portal Muslimah~
~BicaraMuslim.Com~
~HALUANtarbawi.com~
~Terjemahan Al-Quran~
~Tesaurus Bahasa Melayu Dewan~

[[BLOGGER]]

~QueeNs~
~Hidup Ini~
~Merpati Biru~
~My Life Story~
~T.C far...east~
~Unique Muslimah~
~iSlaMiC TeEnAgEr~
~Leave It to Allah~
~Rumah 'Ilmu~
~Mekar Ceria-JIM ~
~Hati Sufi Jiwa Harmoni~
~Friendships FI'Sabilillah~
~BoysAndGirls~
~Berjalan.Melihat.Mentafsir~
~K.H.A.Z.I.N.A.T.U.L-A.S.R.A.R~

[[MAAHADIANS]]

~Alumni.Maahad.Muhammadi~
~Yayasan Islam Kelantan~
~Maahad Muhammadi (L)~
~Maahad Muhammadi (P) I~

~Akhi Shin~
~Akhi De'InFoMiC~
~Akhi PedangMujahid~
~Akhi uLaMa' umMah~

~Ukhti Atiqah~
~Ukhti Munirah~
~Ukhti Juramento~
~Ukhti Siti Fatimah~
If you want to be updated on this weblog Enter your email here:



rss feed



Monday, March 03, 2008
Warkah utk Si Dia

Sumber : ..InsPiRasi HuMaiRa..

Tolong sampaikan pada si dia..
Tolong beritahu si dia,aku ada pesanan buatnya..
Tolong beritahu si dia,cinta agung adalah cintaNya..
Tolong beritahu si dia,cinta manusia bakal membuatnya alpa..

Tolong nasihati si dia,jangan mencintaiku lebih dari dia mencintai Yang Maha Esa..
Tolong nasihati si dia,jangan mengingatiku lebih dari dia mengingati Yang Maha Kuasa..
Tolong nasihati si dia,jangan mendoakanku lebih dari dia mendoakan ibu bapanya..

Tolong katakan pada si dia,dahulukan Allah kerana di situ ada syurga..
Tolong katakan pada si dia,dahulukan ibu bapanya kerana di telapak itu syurganya..

Tolong ingatkan si dia,aku terpikat kerana imannya bukan rupa..
Tolong ingatkan si dia,aku lebih cintakan zuhudnya bukan harta..
Tolong ingatkan si dia,aku kasihinya kerana santunnya..

Tolong tegur si dia,bila dia mengagungkan cinta manusia..
Tolong tegur si dia,bila dia tenggelam dalam engan-angannya..
Tolong tegur si dia,andai nafsu mengawal fikirannya..

Tolong sedarkan si dia,aku milik Yang Maha Esa..
Tolong sedarkan si dia,aku masih milik keluarga..
Tolong sedarkan si dia,tanggungjawabnya besar kepada keluarganya..

Tolong sabarkan si dia,usah ucap cinta di kala cita-cita belum terlaksana.
Tolong sabarkan si dia,andai diri ini enggan dirapati kerana menjaga batasan cinta..
Tolong sabarkan si dia,bila jarak jadi penyebab bertambah rindunya..

Tolong pesan padanya,aku tidak mahu menjadi fitnah besar kepadanya..
Tolong pesan padanya,aku tidak mahu menjadi punca kegagalannya..
Tolong pesan adanya,aku membiarkan Yang Esa menjaga dirinya..

Tolong khabarkan pada si dia,aku tidak mahu melekakan dia..
Tolong khabarkan pada si dia,aku mahu dia berjaya dalam impian dan cita-citanya..
Tolong khabarkan pada si dia,jadilah penyokong dalam kejayaanku..


Tolong sampaikan pada si dia,aku mendambakan cinta suci yang terjaga..
Tolong sampaikan pada si dia,cinta kerana Allah tidak ternilai harganya..
Tolong sampaikan pada si dia,hubungan ini terjaga selagi dia menjaga hubungan dengan Yang Maha Kuasa.
Tolong sampaikan pada si dia kerana ku tidak mampu memberitahunya sendiri..

Hanya engkau Ya Allah yang maha mengetahu siapa dia..??
Moga pesananku sampai padanya walau aku sendiri tidak mengetahui siapa dan di mana dia si dia..
Moga dia seekor lebah yang sentiasa memuji keagungan Yang Maha Kuasa memasuki taman larangan dengan sopan santunnya dan bertemu mawar berduri yang terjaga oleh tuannya..
Simpanlah pesananku ini sehingga engkau bertemu diriku suatu hari nanti..


Posted at 11:36 am by pioneer_me

haliban
March 9, 2008   03:02 AM PDT
 
http://www.malaysia-today.net/2008/content/view/3959/84/
 

Leave a Comment:

Name


Homepage (optional)


Comments




Previous Entry Home